MAKLUMAT TERKINI

PROJEK RE@D MATUNGGONG DI TEMPAT KEDUA DALAM PERTANDINGAN MAXIS CYBERLINQ 2007.


Kenangan manis semasa di Kuala Lumpur pasukan RE@D Matunggong berjaya masuk ke peringkat akhir dalam pertandingan Maxis Cyberlinq 2007 pada 17hb Disember 2007 di Hotel Citrus. Pasukan RE@D Matunggong telah memenangi hadiah tempat kedua bagi projek yang dilaksanakan.


Foto galeri semasa pertandingan Maxis Cyberlinq 2007 di Kuala Lumpur
















PENGENALAN






Projek “RE@D Matunggong” adalah sebuah usahasama di antara Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) dan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) Matunggong, daerah Kudat di Sabah. Projek bermula pada tahun 2007 dengan tertubuhnya sebuah Jawatankuasa Kerja, pada 29 Mac 2007, untuk memantau perkembangannya.






Fokus projek ini ialah Suku Kaum Rungus, iaitu salah satu etnik Bangsa Kadazandusun, di Daerah Kecil Matunggong, Kudat, Sabah. Suku kaum Rungus merupakan etnik yang paling tradisional di antara kaum Kadazandusun yang mempunyai loghat bahasa, kepercayaan, upacara, dan perayaannya. Suku kaum Rungus mempunyai keunikan dari segi lagenda, amalan,adat-istiadat, pakaian tradisional, dan seni ukiran yang tersendiri. Rumah tradisi mereka adalah rumah panjang.





























































































Projek ini merangkumi beberapa aktiviti antaranya:-

1. Videografi cerita-cerita rakyat / lagenda kaum Rungus

2. Dokumentari budaya, adat-istiadat dan warisan Suku Kaum Rungus


3. Pengumpulan dan penerbitan pelbagai jenis sastera rakyat dalam seperti:


a. Lagu-lagu tradisional (Longoi Kodori) Kaum Rungus;
b. Cerita-cerita rakyat (Tangon) Rungus;
c. Syair (Bahul);
d. Teka-teki (Sundait);
e. Bahasa Klasik Rungus;
f. Peribahasa Rungus;
g. Sebutan Kiraan Berat, Masa, dan Jarak;


4. Penerbitan hasil karya penulisan dan penyelidikan mengenai sejarah dan
perkembangan industri- industri desa / pelancongan di Matunggong.

5. Latihan ICT, termasuk penggunaan Internet, bagi semua lapisan
masyarakat di Matunggong secara percuma.


6. Galakan membaca





























Lokasi / Tempoh Penyelidikan Projek



Perpustakaan Negeri Sabah, dengan kerjasama Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), akan melaksanakan projek ini di Daerah Kecil Matunggong yang terletak di Daerah Kudat, Sabah.



Projek ini akan dilaksanakan secara berfasa iaitu:



1. Fasa pertama yang dijangka mengambil masa selama 1 tahun
bermula pada bulan April, 2007 – Mac, 2008.

2. Fasa Kedua, yang akan diteruskan pada bulan April, 2008 sehingga
bulan Mac 2009.










PASUKAN WEB BLOG RE@D MATUNGGONG



PENASIHAT PROJEK:

PN. ESTHER V.MOBILIK



WEBMASTER :


HANIZAH BT HARUN

KAMARULZAMAN BIN ABAS





AHLI:

BENSOS OMISANG

RUJINAL TINJAN

PAILIN ASONG

MARLINAH SUMION

ERLLEY AGUNCHAI












OBJEKTIF PROJEK





1. Membawa pembangunan masyarakat melalui pendidikan tidak formal dan
pengurusan ekonomi di Daerah Kecil Matunggong secara dinamik dan
"sustainable" melalui perkhidmatan perpustakaan.


2. Memastikan sastera rakyat Rungus dapat dipelihara, dihayati dan diturunkan kepada generasi baru kaum Rungus sebagai satu lagi khazanah warisan Negara yang amat bernilai.

3. Membantu masyarakat Rungus, mengumpul dan merekod hasil karya sastera rakyat yang diturunkan oleh leluhur mereka.



4. Persediaan ke arah penubuhan sebuah sistem pendidikan dan pengajaran
Bahasa Rungus agar bahasa ini dapat dipelajari dan dinikmati bukan sahaja oleh suku kaum mereka sendiri tetapi juga oleh kaum-kaum lain di Malaysia dan pelawat-pelawat luar negeri.


5. Untuk menerbit segala hasil projek sama ada,dibukukan, dicetak dalam bentuk cakera padat, filem/video, atau audio, dan sebagainya bagi tujuan perkhidmatan rujukan/maklumat/ koleksi perpustakaan, serta untuk kegunaan para penyelidik, dan golongan-golongan lain yang berminat.



6. Mempromosi dan memperkembangkan maklumat mengenai kaum Rungus bagi membantu mempertingkatkan kemahiran hidup,cara hidup dan taraf sosio-ekonomi mereka.













KOMPONEN PROJEK





Projek ini merangkumi beberapa komponen iaitu:-




  • Perlantikan ahli-ahli penyelidik/jawatankuasa yang bertugas mengendalikan projek;


  • Pengenalpastian kampong-kampong serta penduduk-penduduk sebagai responden projek;


  • Persediaan asas seperti Latihan kakitangan, Peralatan/perisian, Perbincangan formal/informal tentang penyediaan kertas kerja kaji-selidik, percetakan alatulis, dll.



  • ‘Turun Padang’ untuk bertemu-ramah, membuat penggambaran, dan merakamkan tradisi lisan, mengkaji fungsi/ciri-ciri /bentuk sastera, hasrat dan nilai rakyat Kaum Rungus di Daerah Kecil Matunggong;



  • Persediaan dokumen: rakaman, transkripsi, pengeditan skrip, dan sebagainya.



  • Penerbitan dokumen dalam bentuk digital dan bercetak.



  • Aktiviti promosi dan penjualan.



  • Pemuliharaan dan pemantapan hasil-hasil projek.








































AKTIVITI -AKTIVITI TRADISI LISAN







KATA PENGANTAR DARIPADA PENGARAH PNS
EN.WONG VUI YIN







Latar belakang pengumpulan sastera rakyat yang terkandung di dalam buku ini bermula daripada upacara perasmian perpustakaan desa yang diadakan pada 15 April 2006 di Daerah Kecil Matunggong. Sehari selepas perasmian itu, seorang pegawai Perpustakaan Negeri Sabah yang menyaksikan persembahan sesi bercerita ala Rungus, dan mengambil bahagian dalam tarian tradisi iaitu Tarian Mongigol Sumundai, bertekad agar semua yang disaksikannya di Kg Rita itu perlu didokumen dan dipromosikan bagi memperkayakan Koleksi Sejarah Tempatan.


selanjutnya.









Tradisi Lisan & Pengkisahan Sejarah




Pengumpulan dan penerbitan pelbagai jenis sastera rakyat dalam dwibahasa (Rungus dan Bahasa Melayu) seperti:


  • Lagu-lagu tradisional (Longoi Kodori)Kaum Rungus.
  • Cerita-cerita rakyat (Tangon) Rungus.
  • Syair (Bahul).
  • Teka-teki (Sundait).
  • Bahasa Klasik Rungus.
  • Peribahasa Rungus.Sebutan Kiraan Berat, Masa, dan Jarak.































HASIL PROJEK FASA PERTAMA


1.Audio CD Tangon


2.Buku Tangon


3.Buku 'Rungus do Matunggong'


4.Video (DVD) - 'Ontong Totuo' perkahwinan tradisional suku kaum Rungus










Buku Tangon "Linusovon Om Tangon Vokon Do Rungus"

1.Umpatod buuk do tangon

2.Tangon











Cakera padat bertajuk:
'Linusuvon Om Tangon Vokon Do Rungus'

KANDUNGAN AUDIO CD

I Linusuvon it pomogunan












Buku bertajuk " Rungus do Matunggong"


Video digital "Ontong Totuo"
Perkahwinan Masyarakat Rungus

































AKTIVITI - AKTIVITI YANG DIKENDALIKAN DALAM PROJEK TRADISI LISAN






1. Aktiviti di Kampung Radtak, Kudat pada 8 Sept
mengadakan pertandingan seperti berikut:


a.bercerita
b.memasak
c.tarian Sumandai
d.pakaian tradisional
e.nyanyian lagu tradisional.



2. Aktiviti -aktiviti yang dijalankan pada 10 September 2007
Lokasi : Kg. Tinangol


a.Pengumpulan data mengenai pakaian tradisional.
b.Pengumpulan lagu-lagu tradisional kanak-kanak.
c.Cerita rakyat jenis jenaka.
d.Manik dan sulaman



3. Aktiviti mengenai Adat Istiadat Perkahwinan Tradisional Suku Kaum Rungus pada : 15 dan 16 Oktober 2007


Tempat: Rumah kaum keluarga pengantin perempuan (Ahad)
di rumah panjang Matunggong, pekan baru Matunggong.

















SUMBER KEWANGAN










1.Sumbangan daripada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sebanyak RM45K



a. Buku "Rungus do Matunggong" = RM17,000.00



b. Audio CD "Linusovon Om Tangon okon do Rungus Matunggong = RM6,000.00



c. Video DVD "Ontong Totuo - Perkahwinan Suku Kaum Rungus" = RM9,000.00



2. Sumber kewangan daripada Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) untuk perbelanjaan kampung-kampung yang terlibat dalam aktiviti Tradisi Lisan:




a. 3hb Oktober 2007 Kg. Indarason Sava = RM650.

b. 5hb Oktober 2007 Kg. Tinangol = RM250.


c. 14hb - 15hb Oktober 2007 Pekan Baru Matunggong = RM2250.


d. 14hb - 17hb Oktober 2007 Kg. Ontolob = RM2000


e. 24hb Oktober 2007 Kg. Radtak = RM875






















PERANCANGAN UNTUK MASA DEPAN








FASA KEDUA










April 2008 hingga Mac 2009



a) Penggambaraan Video



b) Bengkel Bahasa Rungus



c) Penerbitan buku kanak-kanak sastera rakyat bersiri

















PENGHARGAAN




Merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada:


Jawatankuasa KDCA Matunggong


Semua Jawatankuasa Kerja RE@D Matunggong


Responden daripada kaum Rungus di Matunggong


Pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan projek Tradisi Lisan


Kakitangan Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) Bandaraya Kota Kinabalu
dan Ibu Pejabat



























AHLI JAWATANKUASA PENYELARAS KDCA MATUNGGONG









JAWATANKUASA KERJA RE@D MATUNGGONG














































JAWATANKUASA KERJA RE@D MATUNGGONG


Jawatankuasa Kecil Pendokumentasian Sejarah dan Tradisi Lisan







Pengerusi : Puan Joanna Kitingan

Setiausaha : Puan Norlela Jaffar



Ahli :


Puan Normah yahya

Puan Christina J. Kahar

Puan Maria Sinti

En. Bensos Omisang

En. Rujinal Tinjan

Cik Marlinah Sumion

Puan Esther V. Mobilik

En. Yuming Queck


Puan Pailin Asong

Cik Erley Agunchai

















GALERI FOTO TRADISI LISAN





KAMPUNG INDARASON










KAMPUNG ONTOLOB





















UPACARA PERKAHWINAN "MOGONTONG"